Photography, it doesn’t have to be beautiful.
It’s not about the quality, not about photography rules, it’s about the moment. Well, for me at least. Old picture here. Missing the good old days and especially my family.
Happy Birthday Kak Fatin!

of randomness
October 31, 2009
Semalam,
Andung: ok, tu je dulu. take care. uploadlah gambar banyak2 kat facebook; senang nak keep up to date (bunyi macam nak mengorat la plak)
Hahaha. Megingatkan pada satu perbualan di dalam kelas beberapa hari yang lalu.
Sya: Erina, takde facebook ke?
Erina: Ada. Tapi lamaaaa dah tak bukak.
Rai: Ohhh, patutlah haritu ada kat notification board tu dia tulis, Erina’s facebook is inactivated. Please help Erina to activate her facebook by posting on her wall.
Erina, Rabiatul, An: Hahahahahahahahaha
An: Ish, delete jelah facebook tu kalau gitu.
Ish. Concern betul facebook rupanya. Ala, Rabiatul pun takde facebook. Takpe lah kan. Heh.
tajuk
October 21, 2009
Beg Adidas fake bersama crocs pemberian kakak tersayang.
Heh. Fake pun fake la. Sayang tu. Dah 2 tahun lebih pakai. Dah beli beg lain pun, beg tu juga yang diusungnya ke hulu ke hilir. At least, dia bukan adibas mahupun adidos. So, taklah malu sangat. Haha.
Hmm, apa mengarut ni. Haip.
Sudah hampir lebih seminggu pulang ke negeri Mesir Darul Makmur ini. Heh. Balik-balik je aritu, memang dah start kelas. Mula-mula pergi kelas, memang blur habis. Ingat lagi, pagi tu ada TBL, dapatnya tajuk Diabetic Nephropathy, satu group semua muka baru balik. Terkial-kial jugaklah jawab soalan. Tahun depan taubat dah, tak mau balik lambat lagi. Taubat.
Sekarang, Alhamdulillah, dapat catch up balik. Perlahan-lahan. Takpe.
Sepanjang seminggu lebih dah naik sekolah ni, sangat banyak pengalaman dan pelajaran baru yang dipelajari. Skemanya tulis. Ok, abaikan. Tapi, serius, sangat banyak. Dan, antara mungkin yang menarik adalah bertemu denganĀ pesakit. Memang tak dinafikan, kadang-kadang akan rasa sebak melihat pesakit yang dirawat di sini. Kebanyakan dari mereka adalah yang dhaif sangat, datang jauh nun dari kampung. Memang orang susah.
Memang buat diri ini rasa sangat bersyukur. Sangat. Alhamdulillah.
Moga setiap detik menambahkan iman dan kesyukuran kita. InsyaAllah.
apa cer?
September 28, 2009
Na, ko apa cer sekarang?
Tanya Wan. Begitulah kalau berjumpa kawan-kawan lama beberapa tahun sekali. Eh, tapi aku rasa, tiap-tiap tahun balik, aku jumpa ko kan Wan? Kan Wan kan? Heh.
Aku harap ko tak jumpa blog ni. Haha. Wan Zuraidah ni adalah salah seorang kawan baik ketika zaman sekolah rendah suatu masa dahulu. Lepas tu, dia masuk sekolah asrama masa tingkatan 1. Tapi macam tiap-tiap kali cuti sekolah kitorang akan jumpa. Naik basikal, jalan-jalan pusing bandar Pontian, lepas tu beli cendol, tak pun apam balik yang kat sebelah kedai kasut tu. Bila dah naik tingkatan 4, 5, rasa macam tak berapa nak cool nak naik basikal pergi bandar, kitorang pun pergi naik teksi, dekat je pun sebenarnya, berhenti kat depan Tabung Haji. Pastu pergi makan KFC. Ceh. KFC. Dah tak main apam balik.
Itu 4, 5 tahun dahulu.
Sekarang nak jumpa pun setahun sekali. Itu pun, alhamdulillah jumpa. Kelmarin, pergi Batu Pahat atau nama yang lebih glamour, BP. Bersama Rabiatul, Wan dan Afifah. Beraya ke rumah Shahida. seronok. Shahida cerita dia dah sambut 6 orang baby. Waa. Sekarang dia tengah posting di wad psychiatry, yang schizophrenic ada, yang manic ada. Beberapa minggu lepas, ada patient tu kata dia jumpa astronaut nak bagi dia 50 ribu. Hakhak. Lepas tu, sembang-sembang cerita kawan-kawan sekarang yang masih belajar, yang dah grad, yang dah sambung belajar, dah kerja, dah tunang, dah kahwin, dah ada anak. Anak dah pandai berlari dah pun.
Alhamdulillah dan tahniah. Tumpang gembira.
Ohh, apa motifnya tulis semua ini?
Takde motif.
Cuma nak cerita kalau dah namanya Hari Raya, selain pergi ke rumah sanak saudara, rumah cikgu cikgi, kawan-kawan yang terdekat janganlah dilupakan. Ceh. Sudahlah kau Erina.
Makanya, bersempena Aidilfitri ini, ingin memohon ampun dan maaf. Terutamanya kepada anda. Ya. Anda. Sebab rasanya, penulis (penulis!) tak pernah menulis benda-benda yang beneficial, melainkan yang tak beneficial dan benda-benda yang sungguh insignificant sahaja. Mungkin pada masa akan datang, blog ini akan menjadi lebih berilmiah dan berguna kepada yang membaca.
Mungkin.

Tajuk: Asyad dan Ayam Nyai Yang Sedang Mengeram Pada Pagi Raya.
Semalam lepas berterawihan, sangatlah mengantuknya, maka terus tidur. Ingat nak tidur dalam 20 minit ke, sebab nak tengok CSI: Miami pukul 10.
Tersedar tengok mak tengah pasangkan ubat nyamuk. Terima kasih mak. Tanya mak, pukul berapa ni mak? Mak jawab, baru 10 lebih. Ohh, ingat dah pukul 5 pagi ke. Ingat mak nak kejut sahur. Rasa macam dah lama sangat tidur. Suka betul perasaan ini. Apabila tidur sekejap tapi rasa lama. Kan?
Bangun-bangun ada mesej dari Anis. Dia tanya. Ati, ko nak crocs tak? Dia ada jenis Olivia, Mandili, Alice blablabla. And I was like, apa bendanya crocs la olivia semua ni? Adakah ia sejenis kuih raya tradisional yang telah diberi nama baru? Mamai.
Selepas 5 saat.
Oh, bukan, bukan. Dah ingat dah. Ia adalah sejenis kasut yang dulunya aku selalu fikir, kenapa ada orang sanggup invent kasut yang se’lawa’ ini untuk dipakai. Dahla besar gabak, pastu colour dia mak aih, dari jauh nampak dah. Tapi itu dululah. Dulu. Sekarang bila tengok orang pakai, aik, macam comel pulak.
Lebih-lebih lagi sekarang dah banyak design yang lebih cantik dan feminin. Dahlah sangat selesa apabila dipakai. Tapi, dengan tidak berfikir panjang telah menjawab mesej Anis yang begitu pemurah semalam, dengan jawapan, takpelah Nis, aku pakai Bata je! Bahaha. Eh, Diana Danielle pun pakai Bata apa? Heh.
Pastu tengok jam, eh, sempat lagi nak tengok CSI ni. Mak, jom tengok tiwi. Mak jawab, ha, pergilah tengok. Dalam esbok (read: peti sejuk) ada eskrim mak beli tadi. Pergilah makan. Yeay.
Crocs
Hmm, merapu je budak ni kan. Jangan layan dia.